27hb Mac lepas berlansung la dinner kat kolej aku kat upm.. 5th college!
hehe yeaa itu la nama yang aku bawak 3 tahun kat kolej ni..pegi competition, pegi sokong, event.. kolej lima, kolej lima yang slalu jadik perhatian, jadi cemburuan budak2 kolej lain haha jgn mara..
Tema dinner kali ni ialah smart casual. macam biasa aku nak gi cari jaket last-last minit tuk nak pakai malam tu, baju n seluar guna yang lama dah pukul 6 petang baru kuar tergedik2 nak gi cari. Sebabnye petang sebelum tu da puas tido hehe..
so..kua kul 6.15 camtu, nak bkumpul kul 7.45, pe lagi gelabah la haha. kua sana sini cari dengan che’gu aka bob aka eiji han dengan tangki masuk Reject Shop, FOS, Ready 2 Suit, last2 gi kedai SmartMaster.
Kdai Smart Master ni memang antara kedai yang aku suka sebab jacket2 dia memang gile2 gempak la. Ala2 coat tapi casual. da lama aku dendam nak beli jacket atau coat kat situ. Last2 tengok punya tengok tak jadi beli haha..chegu je yang beli. Ada satu coat putih tu tak jadi beli.
Masetu dah 7.30 pe lagi kilam kelibut la balik haha. Naik moto dgn tanki, pecut punya pecut….
toleh belakang, mana cekgu?
…….ntah le, ada kot kat belakang……
sampai2 je kolej sess cakap, “wei moto cekgu pancit tengah jalan kat serdang lama”
alamak..seb baik cekgu kata ada kedai moto dekat
aku tunggu cekgu balik, sambil tu leh aku siap2 gosok baju, mandi, solat. aku pakai je jacket yang aku bawak dari rumah, dah lama beli.. semua baju yang lama je hehe…cekgu sampai je dalam 8.20 kitaorang gerak ke dewan..
ni antara gambar yang ada sepanjang dinner..
Makan nasik beriyani, lauk ayam, daging, gado-gado, papedom, dalca, air mata kucing, air panas, fruit cocktail dengan sagu. Emm itu je kot…ada lagi ke?
dan beberapa gambar sepanjang dinner yang riuh rendah haha
ni antara shot yang aku suka sebab cool warna dia haha..
dan tak dilupakan ada 2 orang artis undangan pada malam tu dari AF.
ni aku snap dari tempat duduk je sebab tgh makan malas nak bangun..2 lagu dia nyanyi, satu lagu dia x ingat pe tajuk dgn satu lagi lagu sway.
adoi tah brape gambar yang aku larat nak upload memandangkan internet kat sini yang slow..
ade la beberapa anugerah yang diberi malam tu, tahniah pada semua member2 aku yang dapat..
weh..bob cek gu pun dapat
dan member-member lain yang dapat malam tu (xde gambar)
W.C. – Anugerah Budi Harmoni
Mira – Budayawanis
Mizi – Olahragawan
Fia – Olehragawati
Dan anugerah yang paling tinggi Anugerah Harmoni Emas
terharu aku tgk kawan aku naik sorang2 amik anugerah..rorang semua memang the best..
n beberapa lagi gambar sekitar majlis tersebut..
tengah-tengah dah habis event, semua vvip dah balik kemudian semua orang mula la bergambar. Time tu tiba-tiba nama aku dipanggil..jeng jeng jeng…alamak!
rupa-rupanya….
dapat la pulok king of the night? kekeke.. rase cam pakai biase2 je malam tu..
suliana pulak dapat queen of the night.. tahniah le..
pastu sesi bergambar la sampai abes..
tak larat nk ltak gambar lagi, aku ltah la shot yang aku suka malamtu
kirenye malamtu aku leh kata ok la dengan suasana yang meriah, n semua orang enjoy..ye la masing2 da final year bila lagi nak jumpa lpas ni kan..
5th terbaik!
setakat ni je la post aku kali ni.. ok bye!
- Alor Setar Outing [20 Febuari 2010] – 1st timer
- Around da house
- Gi UPM
- Night Shot
- Evening in Kuala Kedah
- What’s up at Taman Tasik Darul Aman?
- Hey, i’m in Putrajaya! (Mat jakun di Putrajaya)
- Tobeng & Balqis weding
- Smile you’re on candid camera!
- Flowers..
- Malaysian Kedah CubPrix
- Dinner Kolej Kelima – Tragedi moto pancit tapi tetap maintain!! haha





















Recent Comments