Macammana aku study?
Macammana korang study?
Jom kita kongsi-kongsi sket…. Macammana cara nak blaja. Berkesan atau tak tu x jamin la sebab secara generalnya semua orang tau yang stiap orang ada cara masing masing nak study, nak menghafal, nak baca buku. Macam-macam gaya.. Meniarap macam buaya, pasang lagu kuat-kuat, pelan-pelan, study group, dan seangkatannye.
Aku? Cmane aku blaja..
Sebelum tu jangan terase la atau salah anggap pe pe sbb ni cuma pendapat aku je, bukan tuk menunjuk atau menuding jari sape salah, sape betul, sape hebat. Aku pun ada kelemahan, x semua benda aku tahu, hari ni aku di atas x bermakna selama-lamanya aku di atas…
Cemane aku study based on beberapa characteristic aku sndiri yg aku dah masak dari dulu.. (Tah le masak asam pedas ke masak sweet sour) .. :p
-
Pemalas, langsung malas nak bukak buku baca
-
Suka main game, itula salah satu keje masa lapang aku…
-
Wat keje/assignment last minit
-
Study last minit (sok lusa nk exam baru gelabah nk bukak buku)
-
Susah nak hafal
-
dan sebagainye yang negatif-negatif belaka haduih..
Ada orang kata “ko pandai leh la”. ”Ala budak bijak” , “ko ex-dip”. Bagi aku dalam dunia ni x de orang yang lahir-lahir terus pandai algebra hehe. Semua orang bmula dengan kosong kat dalam kpale ni. Semua orang ada otak, mata, telinga, hidung yang sama standard..(bagi yang berkeupayaan). Aku sndiri pun berusaha untuk berubah untuk jadi lebih baik, buang segala perangai buruk aku nih..
X de istilah pandai sebenar-benarnya. Yang menentukan tahap penerimaan kita ialah amalan kita iaitu cara berfikir, apa yang kita makan, apa yang kita tengok, dengar, macammane kita menggunakan bahagian dalam diri kita yang dinamakan ‘otak’ ini..
Sape-sape ada characteristic cam aku kat atas ni leh la belek-belek tips-tips ni..kalau bukan pun leh je tengok-tengok. Yang baik ambil, yang tak baik tinggalkan.. Tapi sebelum tu ni tips yang general..
- Minat - atau kata lain passion/ghairah.. Basic point rasenye semua dah basi dengar ceramah motivasi. Tapi yang menentukan kita boleh belajar dengan mudah dan tenang adalah sifat ini. Mulai dengan minat bidang yang kita ambil.. Kalau maths, kita minat maths, kalau chem, kita minat chem, kalau science comp minat computer. Bear in mind this.. Ini bidang yang kita ambil, yang kita pilih atau dapat. Selama 3 atau 4 tahun bidang ini la yang kita kene belajar setiap hari. Nak atau tak, by hook or by crook kita KENA! minat. Kalau tak minat, kita akan rugikan tempoh belajar 3 atau 4 tahun kat u, kolej dsb. Leh x? ;p memang susah nak minat sesuatu pkare yang kita x ske, x ngam. Tapi dengan itu la kita akan hidup nanti. Bak kata lain, pasrah je la dengan apa yang kita kene blaja. Dah pasrah baru leh timbul minat.
- Mind Set - atau dalam bahasanye penetapan minda (tah aku x tau hantam je). Setiap yang kita buat kena ada mind set yang betul. Berfikir positif, lebih terbuka dan bersedia. Tetapkan dalam kpale kita dengan apa yang kita nak, terima segala yang datang kepada kita dengan lebih terbuka dan rasional. Be rational jangan terpengaruh dengan emosi..
- Niat – Ha part ni yang salu orang pandang endah tak endah.. memang cam bosan kan motivasi ni hehe.. Yang paling penting dalam setiap perbuatan kita hendaklah disertai niat kn? Macamtu jugak la belajar. Niat belajar untuk ilmu, nk tahu sesuatu yang baru, bukan belajar untuk exam. Aku tak nafikan, memang aku sendiri pun lemah bab ni bila tersa susah. Struggle tuk lepas exam je hehe tapi selagi kita ingat perkara ni, setiap hari betulkan niat kita. Cuba amalkan cara ni : setiap kali melangkah keluar bilik niat di dalam hati “aku nak ke kelas untuk belajar”. kalau terlupa niat, patah balik masuk bilik, langkah balik keluar dengan niat yang betul. hehe.. bukan niat nk jumpa mata air ke nk cuci mata ke. Nak niat lain boleh, tapi dahulukan dengan niat yang betul… Boleh?
- Target – Cara aku, target setinggi yang boleh.. Orang salu kata “jangan target tinggi sangat nnt x tercapai kecewa”, “ko ni optimis sangat target tinggi-tinggi macam leh dapat”, “leh ke dapat kalau target tinggi-tinggi”. Ayat common.. Kenape kene target setinggi yang boleh? Misalnye target nak semua A dalam semua subjek, nak 4 flat, dengar bunyinye macam naif je kn? hehe.. Konsepnye mudah je.. Bila kita target tinggi. Nak A, kita akan berusaha untuk dapat A, jadi secara automatiknye usaha kita akan di tahap A. Kalau x dapat pun ’MUNGKIN’ akan jatuh ke tahap A- atau B+ je. Kalau dapat A tu kire bonus la. Cuba kalau kita kata dapat B+ pun jadi la, itu target kita. Usaha kita setakat mana? Adakah usaha kita bertaraf B+ je? lebih buruk lagi kalau x dapat B+ silap-silap C yang dapat. Jadi rasenye x salah kot kalau kita target tinggi-tinggi geng.. Amacam? Ada berani?
Itu la kot basic tips yang rasenye kalau rajin ke atau malas macam aku, siapa pun kalau boleh cuba fikir-fikirkan.. “Kalau Boleh” x semestinya kene ikut. Apa yang aku buat pulak? :
- Gi kelas awal - Bunyi cam skema, mat skema hahaha.. Apa ada pada gi kelas awal? Walau kelas tu boring, kalau gi kelas awal, kita dapat sedia mental fizikal kita nk hadapi kelas. Nampak kesungguhan kita nk belajar. Lebih tenang, x de tertinggal lecture, lecturer pulak x de cop kita muka datang lambat. Ingat! lecturer kita tu pendidik, guru… Setiap apa yang diajarkan ada keberkatannya kalau dia merestuinya. Bukannye nak membodek.
- Duduk di depan - Tak nk komen banyak, pk la sendiri, apa yang lect ajar yang pertama sekali akan sampai, akan dapat ilmunya adalah orang yang berada di hadapan.
- Datang setiap kelas - Setiap kelas?!! Kenape x boleh, kalau aku la. Aku jenis malas belajar, malas bukak buku. Aku gain confidence dengan datang kelas, every kelas. Kalau ada yang aku x masuk dah mula aku gelabah, rasa macam tertinggal sesuatu yang besar. Ruginya amat sanat. Ada orang gain confidence dengan baca buku, jadi kelas tu cuma syarat je.. Bagi aku penting untuk datang setiap kelas. Kelas boring? Bear this in your mind: X semua yang kita dengar dalam lect 100% akan masuk dalam kpale kita. Tapi kalau at least 80% ke, 50% yang masuk tu pun dah cukup banyak. even kalau 10% sekalipun yang masuk masih berbaloi dari x datang kelas, apa dapat? Habuk pun tarak.. Kadang-kadang ada maklumat yang x ada dalam buku lecturere masukkan dalam lecture dia jadi nape nak pikir panjang lagi…kamon la..
- Aku jawab exam berdasarkan apa yang aku dengar dan ingat apa yang lecturer aku cakap dalam kelas. 70% , 30% dari revision aku dalam buku.
- Faham bukan hafal - Faham tu lagi penting dari hafal, faham bolehkan kita jawab apa pun jenis soalan, hafal terhad kepada apa yang kita baca. Kalau dah berubah sikit soalan dah mula gelabah, “X de pun dalam notes?” Cuba jawab soalan tu dengan ayat sendiri dari ayat yang sejibik dari buku..hmm sejauh mana kefahaman kita dengan menghafal? Kalau kita faham + kita tambah atau hafal sikit-sikit yang kekurangan gerenti la beb.. InsyaAllah leh jawab pnyee
Cara aku yang lain aku masih tak terfikir.. lama sangat compose otak dah jem hehe sori.. panjang neh.. leh buat buku ni.. Fahami konsep ni: Kita kat universiti, duduk, berdiri, makan duduk, tidur, bergerak, 24jam kita kat universiti. 24JAM kat sini. Apa main purpose kita kat u ni? The answer is “BELAJAR”. X cukup masa, nk tidur x nk pergi kelas, banyak sangat kelas, sistem universiti leceh. Boleh ke wujud alasan ni? Buat apa kita datang U 24 jam jalani kehidupan kat sini.
Ada ke tanggungjawab nak jaga anak bini? (yang ada tu sori la). Ada ke kene punch card kat pejabat hari hari sampaikan x sempat nk gi kelas? Masa hidup kita solely 24j kat u, kelas 3-4 jam sehari pun x boleh pergi ke? memang la setiap orang ada desire, ada kehendak yang nk dipenuhi, tapi bukannye semua tu x boleh dilakukan kalau kita pergi kelas.. Apa yang sebenarnya cumalah alasan semata-mata. Fikir-fikirkanlah, renung-renungkalah..
Aku bukan hebat, aku bukan cuba nak berlagak. Aku insan yang lemah, punya banyak kelemahan..
Dan of course setiap perbuatan kita, usaha kita hasilnya terletak di tangan yang Maha Esa. Kita sebagai hambaNya hendaklah berusaha, berdoa dan bertawakkal. InsyaAllah berjaya..Yakin dengan kehendakNya, fahami konsep takdir.
Panjang celoteh aku.. konpem belum habis orang baca dah tetido depan laptop meleleh air liur basi. Berilah komen anda.. Bagaimana anda belajar?

