3.40 pagi..saat ini semua orang sudah tidak sedarkan diri.. Masing-masing sudah tidur, nyenyak tak bergerak, ada yang semakin lama semakin kuat dengkurannya. Sememangnya diciptakan Allah malam untuk manusia berehat untuk menghadapi hari seterusnya pada keesokkan harinya..Dan Allah jadikan malam untuk hamba-Nya terus hidupkan sepertiga darinya untuk bermunajat dan beribadat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“2 Rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya aku wajibkan kedua rakaat itu atas mereka.”
Tapi…apa yang aku buat pada masa ni? Aku masih berjaga di saat orang sekelilingku sudah melelapkan matanya. Dah lama tak begini.. Sekian lama aku tertidur awal setiap hari..Dah hampir berbulan-bulan aku tidur awal. Paling tak pun aku takkan boleh tahan untuk tidak tidur dan berjaga malam. Walau banyak kerja sekalipun. Entah kenapa hari ni, kali ni aku masih boleh mencelikkan mata seluas-luasnya dan menatap skrin laptopku. Hmm..

Mungkin…aku baru menghantar satu laporan Latihan Industri aku petang tadi sekaligus mengurangkan satu beban dikepala aku.
Mungkin, aku tak nafikan mungkin aku terlalu banyak berfikir. Aku sentiasa berfikir dan fikiranku ini ada kalanya terlalu rumit untuk difahami. Aku sering berfikir, berpersoalan dalam diri, merenung kembali masa silam, menjangkau masa depan, mencuba memahami manusia, menilai sesuatu sifat dan tindakan, mempelajari perkara, menerima, memberi, bersabar dan terus belajar bersabar tanpa syak wasangka, benci dan dendam.
Aku terlalu suka berfikir, “Mengapa..”, “Kenapa..”, “Takkan la…”, “Macammana kalau..”, “Betul ke…”, “Apa yang…”. Persoalan demi persoalan sering bermain di fikiran aku ni tak henti-henti.. Mungkin fikiran aku letih disaat badanku masih kuat dan bertenaga, itulah sebab selalu aku tidur awal selama ini..
Blog ni cumalah blog yang biasa, tidaklah sehebat blog lain, tidak secantik dan sepadat kandungannya berbanding yang lain. Sememangnya aku kurang minat akan blog, dan kurang minat akan menulis dan membaca blog. Bukannya ingin menghentam blog atau bukannya salah sesiapa, cuma ini bukan minat aku..
Aku ini bukanlah seorang yang pandai menulis, bukannya seorang yang betah berbicara, mengeluarkan hujah dan berkata-kata. Kata-kata aku ada kalanya dipandang biasa dan ada ketikanya aku tak mampu mengucapkan apa yang terbuku di dalam hati aku ini.
Aku hanya seorang manusia biasa yang penuh dengan segala kekurangan. Sering melakukan kesilapan, ada kalanya menyakitkan. Akulah manusia biasa yang mengharapkan yang terbaik dalam sesuatu itu. Dan akulah manusia biasa yang ada kalanya degil, ingin tahu dan mendesak keadaan supaya memberikan jawapan. Kerana aku tidak sentisa mampu untuk memberikan apa yang orang harapkan padaku. Aku cuma diri aku dan aku berserah kepada-Nya akan segala-galanya.
Maafkanlah aku andainya terdapat kekurangan dalam diriku ini. Banyak perkara aku harapkan dan aku janjikan. Ketahuilah wahai seseorang, ketahuilah wahai diriku, bahawa aku adalah orang yang berpegang pada kata-kata. Kerana bagiku janji dan ucapanku bukanlah suatu mainan dan itulah akad dan niatku. Itulah nyawaku jika aku berani menyebutnya. Jika tidak, maka aku menipu diriku sendiri.. Ya Allah kau bantulah hambaMu yang lemah ini. Maafkan jika aku terlupa, dan ingatkanlah akan janjiku dahulu. Nescaya aku akan cuba penuhinya InsyaAllah..
“Sekali air bah, sekali pantai berubah” – Ketahulah bahawa mahu atau tidak, suka atau tidak, pantai akan sentiasa berubah. Itulah kejadian Allah S.W.T yang Maha Esa. dan pantai berubah itu bukanlah satu keburukkan kepada manusia. Kerana pantai yang berubah itu adalah kehendak-Nya. Masakan Allah mentadbir sesuatu itu dengan sia-sia? Segala-galanya adalah disertai oleh Hikmah dan tujuannya. Bukanlah tujuan aku untuk menafikan maksud satu-satu peribahasa itu tetapi segala-galanya adalah terpulang kepada pemikiran dan nawaitu manusia itu sendiri. Jika seseorang manusia itu menilai ia sesuatu yang buruk, maka buruklah jadinya dan jika kita meletakkannya pada sesuatu yang baik, maka baiklah jadinya. Berbaik sangkalah selalu kerana berfikiran begitu tiada ruginya..
Disaat malam ini aku masih belum tidur..masih celik.
Tanamkanlah sifat sabar dalam dirimu.. Kerana sifat sabar adalah benteng segala kerunsingan, penghapus kesedihan, perosak hasad dan benci, pendamai dari permusuhan. Dan disertai oleh Rahmat dan Hidayah oleh Allah.. Dan sabar tidak sepatutnya atau tidak perlu diletakkan had.
Seringkali orang berkata “kesabaran aku ada hadnya”, “sabar tu sabar jugak, marah tu marah la jugak” , “sampai bila aku nak sabar?”, “masalahnya aku dah habis sabar dah”, “aku dah tak sabar dah”. Bukannya kita mengelak diri, bukannya kita menunjukkan diri kita lemah dan bukanlah kita mengalah dan sentiasa kalah. Sabar sepatutnya tidak perlu mengira masa dan keadaan. Pesanan kepada diri aku. Memanglah kita manusia dan hamba biasa tidak setanding kesabaran dan ketabahan Rasulullah S.A.W, sahabat-sahabat nabi. Namun itu bukanlah alasan untuk kita melarikan diri, dan bukanlah alasan untuk kita supaya tidak boleh bersabar.
Qada’ Allah itu Maha Sempurna. Segala apa yang menimpa kita itu ada hikmahnya. Dan segalanya adalah ditentukan terlebih dahulu. Segala-galanya telah tertulis dan kita yang menghadapinya haruslah sabar dan cuba menghadapinya sedaya upaya kita.
Tak kira sekuat mana usaha kita, sekuat mana kita, kita masih tidak dapat melawan takdir yang ditentukan Allah. Dan di saat kita tidak peroleh apa yang kita ingini, sebaliknya bersabarlah. Masakan Allah mentadbirkan sesuatu itu dengan sia-sia?
Bersabarlah InsyaAllah, Allah akan berikan kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita telan sekarang.
Aku masih mencari-cari dikala pagi sudah hampir melabuhkan diri.
Maaflah tulisan aku yang panjang lebar, mungkin membosankan. Aku hanya ingin berpesan kepada diri aku sendiri dan sesiapa sahaja. Tulisan ini banyak kelemahannya. Dan jikalau ada sebarang kesilapan, maka betulkanlah..
“Dan tidak ada suatu binatang (segenap makhluk bernyawa) yang melata di muka bumi melainkan Allah lah yang memberikan rezekinya.” (Hud : 6).
Lebih baik aku bersembahyang sunat dan pergi tidur.. Wassalam..





Kua sorang-sorang nampak cadangan cam menarik..tapi dah sampai mid jalan-jalan
…………………………………..
………………………
……………..
……..
….
.
terasa bosan jugak…. hahaha..
x de baju nak beli, x ada gadget nk capai..
mm..kalo aku bnyk duit mungkin a kot. :p
jalan punya jalan punya jalan..
maghrib..solat dlu..
pastu gi carik makan..
nyum..nyum..nyum.. erp dh kenyang
kul 8.40, balik..
so apa yang aku buat harini..?
***********************************************************************************
chermin…
Cinta pada hati itu ibarat cermin. Selalu direnung muka kita, nampak sempurna, serupa.. sama cantik, sama menawan, ditatapnye cermin itu setiap hari.. Apabila kotor, kita cucinya supaya nampak bersih kembali.. Tapi.. pabila cermin itu calar, kesannye akan kekal pada cermin itu.. biar digilap, biar dibersihkan, kesannye masih ada. Tetapi kalau kita menghargai cermin itu, ia masih boleh digunakan. Calar sedikit tidak menjejaskan rupa di dalam cermin itu, dan terus menggunakannya selama yang mampu..
Apa pula berlaku kalau ianya pecah? Cermin itu jatuh dan berderai kepada kepingan-kepingan. Ada kalanya ia menjadi kepingan yang halus. Jika kita berusaha mengutip kembali kepingan-kepingan cermin itu dan mencuba untuk melekatkannya kembali. Memang ia boleh disatukan semula.. Namun bukannya kerja yang mudah, ia memakan masa dan tenaga. Hanya yang berhati kental mampu melekatkannya kembali.
Tetapi…
Wajah kita pada cermin itu tidak akan lagi sama.. Cermin yang kita tatap tiap-tiap hari itu mula menampakkan kelemahannya. Tiada lagi seindah dulu.. Cahaya yang dipantulkan mula tidak tentu arah.. Ada pula diantaranya yang kehilangan kepingan-kepingan kecil menampakkan lubang atau ruang hitam yang tiada lagi memantulkan cahaya..
Dan..
Pada masa ini, ada yang terfikir untuk menggantikan cermin itu dengan yang baru…..
Yang lebih sempurna,
Yang tahan lama,
Mungkin selamanya..
Mungkin juga menerima nasib yang sama..
Harapan ditaburkan pada cermin itu,
Namun takdir tuhan tak siapa yang tahu..
-Trueternity-
p/s: anda mempunyai cermin? bagaimana rupanya cermin anda itu? fikirkanlah…..
