5 Star For James Cameron’s Avatar!!

[24 Disember 2009]
Suka suki aku je nak letak lima bintang tuk cita nih.. Tapi aku dah lama tak rasa aku ada tengok cita sebest tu.. Serius best gile!
Iye-iye je aku kata best tah tah orang lain tengok kata tak best lak..tu korang punya pasal la..haha.
Aku tengok cita tu semalam tapi baru hari ni nak nulihnye. Biase la, aku ni malas nk tulis blog..
Time-time aku tengah selsema hingus dok menitik nitik camni la baru sibuk nak tulis..Adoi…
[25 Disember 2009]
Gile aku tertido semalam tengah bersemangat nak nulis blog. Nampak sangat aku tak larat selsema. Naseb baik dah ok sikit..
Aku jarang sangat gi tengok wayang tapi aku lebih prefer tengok wayang sebab memang puas hati kalau tengok wayang dengan skrin besar & audio yang meletop. So ni 1st time aku gi wayang kat alor setar. Big Cinemas Namenye. Overall tak besar sangat la saiz panggungnye dalam 2/3 saiz panggung standard TGV, GSC tapi sound system setaraf panggung besar.
So… Panggung sederhana + Sound gempak = Puas hati.

Bukan aku nk cite pasal panggung wayang, back to the main point..cite Avatar. Jake Sully, seorang ex-marine yang lumpuh dan berkerusi roda. Jake bersetuju untuk menggantikan kembarnya, seorang saintis yang mati ditikam dalam oleh seorang penjenayah.
Kembar jake terlibat dalam satu projek yang dipanggil Avatar yang mampu mengawal satu tubuh makhluk asing yang diberi nama Na’vi. Oleh kerana dia telah mati dan satu-satunya orang yang mempunyai DNA yang paling hampir dengannya ialah kembarnya sendiri, Jake Sully.
Tiba di sebuah stesen di planet yang didiami Na’vi tersebut, Jake bertanggungjawab mengawal Avatar dan menjadi sebahagian dari puak Na’vi, mempelajari budaya dan bahasa mereka… Dan aku tak nak cerita lagi panjang lebar sebab nak tahu cita tu gi la tengok sendiri..Spoil la mood..
Overall aku salute CG yang ada dalam filem ni. It’s been done perfectly, kena dengan dunia Na’vi. Sound di uruskan dengan baik. Ekspressi muka puak na’vi yang menarik n jalan cerita yang penuh kontrovesi. Breathtaking.. Itu yang aku alami bila tengok cita ni. Maybe aku terlalu mudah terpengaruh dalam satu-satu cita yang aku tengok. Even kalau si hero cita ni terpijak ekor salah satu puak Na’vi, aku pulak yang terasa haha..
Patut la James Cameron berani kata yang cerita ni mampu menandingi kutipan cerita Titanic sbb cite ni btul2 bagus.. So far, aku leh bagi..
Plot/storyline : 5 Bintang
CG/animation: 5 Bintang
Sound : 4 ½ Bintang
Overall : 5 Bintang!!


Aku tak pandai nk rate movie sebab aku jarang tengok movie, tapi kalau korang gi nengok Avatar kt wayang mmg berbaloi la. ;p